Jumaat, 13 Mac 2009

Latar Tempat

Saya telah diberi tugasan untuk mencari latar tempat novel Panas Salju oleh ketua kumpulan saya, Wen Wen. Sekarang, saya akan menyenaraikan latar tempat novel Panas Salju yang penting:-

a)Lebuh Raya Utara-Selatan
Zulkifli membantu mangsa kemalangan kereta Sikh yang pengsan.

b)Felda Ulu Tebrau
Zulkifli dan keluarganya pulang ke sini untuk menghadiri perkahwinan adiknya. Dia bertemu dengan teman lamanya, Muliyadi, yang berkahwin deng seorang wanita Perancis.

c)Rumah Zulkifli di Bandar Tun Razak
Zulkifli dan Bushrah berbincang tentang kos rawatan Nadhirah.
Cikgu Khairani juga datang ke rumah Nadhiran untuk mengajarnya.
Majlis kenduri doa selamat sebelum keluarga Zulkifli berangkat ke London diadakan di sini.
Bushrah sesak nafas dan meninggal dunia pada malam Jumaat.

d)Pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur
Mohammad Yusof menolong Zulkifli menulis berita tentang penyakit Nadhirah dan kos rawatannya yang diperlukan sebanyak RM 350,000.

e)Hospital King's College
Tempat Nadhirah dan Bushrah menjalankan pemindahan hati. Selepas pembedahan itu, mereka dirawat di sini selama dua minggu.

f)Tanah perkuburan Islam, Kampung Cheras Baru
Tempat jenazah Bushrah disemadikan selepas solat Jumaat

-shihao

Tiada ulasan:

Catat Ulasan