Sabtu, 21 Mac 2009

Latar Masa

Jarak masa dalam novel ini bermula semasa Nadhirah berusia 14 tahun hingga bekerja dan akan berumah tangga manakala Nazli pula semasa keluarganya pergi ke London, umurnya baru setahun setengah. Cerita ini berlanjutan hingga Nazli masuk ke sekolah asrama penuh di Kuala Kangsar.

-liyuen.

Khamis, 19 Mac 2009

Peraturan Permainan

Kami akan mengunakan powerpoint... permainan ini dimainkan secara kumpulan..kami akan membahagikan kelas kepada dua kumpulan..mungkin lelaki dan perempuan. selepas itu, kami menentukan kumpulan manakah yang akan bermula. kumpulan yang bermula akan memilih satu petak..apabila mereka sudah memilih petak tersebut satu soalan akan diberi. 

selepas itu, kami akan menunjukkan satu jawapan. kumpulan tersebut mesti menentukan jika jawapan tersebut betul atau salah. jika salah, mereka mesti memberi jawapan yang betul. jika betul, petak tersebut akan ditandakan dengan simbol kumpulan tersebut sama ada X atau O seperti permainan tic-tac-toe. jika salah petak tersebut akan ditandakan mengunakan simbol kumpulan yang lagi satu. kumpulan yang dapat membentuk satu garisan lengkap dengan simbol mereka akan menang.(itu adalah peraturan permainan yang benar) walaubagaimanapun, saya cadangkan bahawa kami melakukan secara sistem markah kerana terdapat kemungkinan satu kumpulan dapat menang dengan sangat cepat dan hanya menjawab 3 soalan..

oleh sebab hanya terdapat 9 petak kami hanya boleh sediakan 9 soalan. dahlah tak banyak soalan kalau ada kumpulan yang menang cepat soalan lain tidak dapat digunakan..oleh itu sistem markah lebih baik

tolong memberi komen jika adanya sebarang cadangan lain

-wenwen

Rabu, 18 Mac 2009

Permainan bm

Saya rasa bahawa idea wen wen untuk permainan ini adalah baik. Saya ingin tanya, bagaimana permainan ini akan dimainkan? Adakah kami gunakan Power Point atau cara yang lain untuk permainan ini?

-sh

Selasa, 17 Mac 2009

Pengumuman

Saya telah mencari permainan yang sesuai dan telah muat turunkannya ke dalam komputer saya. Permainan itu sama seperti permainan Hollywood Squares. Jika kamu tidak kenal permainan ini, sila ke laman web ini http://en.wikipedia.org/wiki/Hollywood_Squares

Saya cadangkan permainan kami dinamakan Petak Panas Salju.. Boleh tak?

Jika ada cadangan lagi tolong beritahu saya dalam petak komen di sebelah kanan

Isnin, 16 Mac 2009

Latar Masyarakat

Ini adalah hasil kajian saya,
Latar Masyarakat:-

a) Masyarakat Kota
-golongan menengah (Zulkifli)
-golongan karya raya (Tan Sri Shamsuddin)

b) Masyarakat Desa
-ibu bapa Bushrah, penduduk Felda Ulu Tebrau

c) Golongan penulis dan wartawan
-Zulkifli dan Mohammad Yusuf

d) Golongan pendidik dan pelajar
-Bushrah, Cikgu Khairani, Nadhirah

e) Golongan pelbagai Kaum
-pasangan Sikh, pemuda Cina


-Carissa

Sabtu, 14 Mac 2009

Hasil Kajian Saya

kepada wen wen, tentang hasil kajian saya, aku akan menyiapkan pada hari Isnin. :)

-carissa

Jumaat, 13 Mac 2009

Pengumuman

terima kasih shi hao..ahli kumpulan lain saya inginkan kerja kamu. saya tahu kamu saya ada banyak kerja rumah tetapi jangan abaikan projek ini pula.

carissa dan pui yee saya sedang menunggu hasil kajian kamu. kalau tiada hasil kajian tersebut, saya tidak dapat mencipta soalan untuk permainan tersebut. jika boleh, kamu boleh buat soalan kamu sendiri dan sertakan soalan tersebut dengan hasil kajian kamu.

aaron dan li yuen saya akan memerlukan bantuan kamu apabila hasil kajian sudah dicatat di sini dengan mereka cipta permainan tersebut.