Jarak masa dalam novel ini bermula semasa Nadhirah berusia 14 tahun hingga bekerja dan akan berumah tangga manakala Nazli pula semasa keluarganya pergi ke London, umurnya baru setahun setengah. Cerita ini berlanjutan hingga Nazli masuk ke sekolah asrama penuh di Kuala Kangsar.
-liyuen.
Sabtu, 21 Mac 2009
Khamis, 19 Mac 2009
Peraturan Permainan
Kami akan mengunakan powerpoint... permainan ini dimainkan secara kumpulan..kami akan membahagikan kelas kepada dua kumpulan..mungkin lelaki dan perempuan. selepas itu, kami menentukan kumpulan manakah yang akan bermula. kumpulan yang bermula akan memilih satu petak..apabila mereka sudah memilih petak tersebut satu soalan akan diberi.
selepas itu, kami akan menunjukkan satu jawapan. kumpulan tersebut mesti menentukan jika jawapan tersebut betul atau salah. jika salah, mereka mesti memberi jawapan yang betul. jika betul, petak tersebut akan ditandakan dengan simbol kumpulan tersebut sama ada X atau O seperti permainan tic-tac-toe. jika salah petak tersebut akan ditandakan mengunakan simbol kumpulan yang lagi satu. kumpulan yang dapat membentuk satu garisan lengkap dengan simbol mereka akan menang.(itu adalah peraturan permainan yang benar) walaubagaimanapun, saya cadangkan bahawa kami melakukan secara sistem markah kerana terdapat kemungkinan satu kumpulan dapat menang dengan sangat cepat dan hanya menjawab 3 soalan..
oleh sebab hanya terdapat 9 petak kami hanya boleh sediakan 9 soalan. dahlah tak banyak soalan kalau ada kumpulan yang menang cepat soalan lain tidak dapat digunakan..oleh itu sistem markah lebih baik
tolong memberi komen jika adanya sebarang cadangan lain
-wenwen
Rabu, 18 Mac 2009
Permainan bm
Saya rasa bahawa idea wen wen untuk permainan ini adalah baik. Saya ingin tanya, bagaimana permainan ini akan dimainkan? Adakah kami gunakan Power Point atau cara yang lain untuk permainan ini?
-sh
-sh
Selasa, 17 Mac 2009
Pengumuman
Saya telah mencari permainan yang sesuai dan telah muat turunkannya ke dalam komputer saya. Permainan itu sama seperti permainan Hollywood Squares. Jika kamu tidak kenal permainan ini, sila ke laman web ini http://en.wikipedia.org/wiki/Hollywood_Squares
Saya cadangkan permainan kami dinamakan Petak Panas Salju.. Boleh tak?
Jika ada cadangan lagi tolong beritahu saya dalam petak komen di sebelah kanan
Isnin, 16 Mac 2009
Latar Masyarakat
Ini adalah hasil kajian saya,
Latar Masyarakat:-
a) Masyarakat Kota
-golongan menengah (Zulkifli)
-golongan karya raya (Tan Sri Shamsuddin)
b) Masyarakat Desa
-ibu bapa Bushrah, penduduk Felda Ulu Tebrau
c) Golongan penulis dan wartawan
-Zulkifli dan Mohammad Yusuf
d) Golongan pendidik dan pelajar
-Bushrah, Cikgu Khairani, Nadhirah
e) Golongan pelbagai Kaum
-pasangan Sikh, pemuda Cina
-Carissa
Latar Masyarakat:-
a) Masyarakat Kota
-golongan menengah (Zulkifli)
-golongan karya raya (Tan Sri Shamsuddin)
b) Masyarakat Desa
-ibu bapa Bushrah, penduduk Felda Ulu Tebrau
c) Golongan penulis dan wartawan
-Zulkifli dan Mohammad Yusuf
d) Golongan pendidik dan pelajar
-Bushrah, Cikgu Khairani, Nadhirah
e) Golongan pelbagai Kaum
-pasangan Sikh, pemuda Cina
-Carissa
Sabtu, 14 Mac 2009
Hasil Kajian Saya
kepada wen wen, tentang hasil kajian saya, aku akan menyiapkan pada hari Isnin. :)
-carissa
-carissa
Jumaat, 13 Mac 2009
Pengumuman
terima kasih shi hao..ahli kumpulan lain saya inginkan kerja kamu. saya tahu kamu saya ada banyak kerja rumah tetapi jangan abaikan projek ini pula.
carissa dan pui yee saya sedang menunggu hasil kajian kamu. kalau tiada hasil kajian tersebut, saya tidak dapat mencipta soalan untuk permainan tersebut. jika boleh, kamu boleh buat soalan kamu sendiri dan sertakan soalan tersebut dengan hasil kajian kamu.
aaron dan li yuen saya akan memerlukan bantuan kamu apabila hasil kajian sudah dicatat di sini dengan mereka cipta permainan tersebut.
Latar Tempat
Saya telah diberi tugasan untuk mencari latar tempat novel Panas Salju oleh ketua kumpulan saya, Wen Wen. Sekarang, saya akan menyenaraikan latar tempat novel Panas Salju yang penting:-
a)Lebuh Raya Utara-Selatan
Zulkifli membantu mangsa kemalangan kereta Sikh yang pengsan.
b)Felda Ulu Tebrau
Zulkifli dan keluarganya pulang ke sini untuk menghadiri perkahwinan adiknya. Dia bertemu dengan teman lamanya, Muliyadi, yang berkahwin deng seorang wanita Perancis.
c)Rumah Zulkifli di Bandar Tun Razak
Zulkifli dan Bushrah berbincang tentang kos rawatan Nadhirah.
Cikgu Khairani juga datang ke rumah Nadhiran untuk mengajarnya.
Majlis kenduri doa selamat sebelum keluarga Zulkifli berangkat ke London diadakan di sini.
Bushrah sesak nafas dan meninggal dunia pada malam Jumaat.
d)Pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur
Mohammad Yusof menolong Zulkifli menulis berita tentang penyakit Nadhirah dan kos rawatannya yang diperlukan sebanyak RM 350,000.
e)Hospital King's College
Tempat Nadhirah dan Bushrah menjalankan pemindahan hati. Selepas pembedahan itu, mereka dirawat di sini selama dua minggu.
f)Tanah perkuburan Islam, Kampung Cheras Baru
Tempat jenazah Bushrah disemadikan selepas solat Jumaat
a)Lebuh Raya Utara-Selatan
Zulkifli membantu mangsa kemalangan kereta Sikh yang pengsan.
b)Felda Ulu Tebrau
Zulkifli dan keluarganya pulang ke sini untuk menghadiri perkahwinan adiknya. Dia bertemu dengan teman lamanya, Muliyadi, yang berkahwin deng seorang wanita Perancis.
c)Rumah Zulkifli di Bandar Tun Razak
Zulkifli dan Bushrah berbincang tentang kos rawatan Nadhirah.
Cikgu Khairani juga datang ke rumah Nadhiran untuk mengajarnya.
Majlis kenduri doa selamat sebelum keluarga Zulkifli berangkat ke London diadakan di sini.
Bushrah sesak nafas dan meninggal dunia pada malam Jumaat.
d)Pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur
Mohammad Yusof menolong Zulkifli menulis berita tentang penyakit Nadhirah dan kos rawatannya yang diperlukan sebanyak RM 350,000.
e)Hospital King's College
Tempat Nadhirah dan Bushrah menjalankan pemindahan hati. Selepas pembedahan itu, mereka dirawat di sini selama dua minggu.
f)Tanah perkuburan Islam, Kampung Cheras Baru
Tempat jenazah Bushrah disemadikan selepas solat Jumaat
-shihao
Rabu, 11 Mac 2009
Tugasan Individu
Wen Wen- Ketua/ Pereka cipta permainan
Shi Hao- Mengkaji tentang Latar Tempat
Pui Yee- Mengkaji tentang Latar Masa
Carissa- Mengkaji tentang Latar Masyarakat
Li Yuen & Aaron- Pembantu/ Pereka cipta permainan
-wenwen
Shi Hao- Mengkaji tentang Latar Tempat
Pui Yee- Mengkaji tentang Latar Masa
Carissa- Mengkaji tentang Latar Masyarakat
Li Yuen & Aaron- Pembantu/ Pereka cipta permainan
-wenwen
Tugasan 1
Semua ahli kumpulan, tolong cari cara membuat permainan mengunakan powerpoint dan fikirkan soalan tentang latar tempat, masa dan masyarakat serta memberitahu saya tentang cara tersebut melalui blog ini atau msn. Jika saya tiada, tolong beritahu saya dalam kelas esok atau menghantar sms kepada saya.
-wenwen
Tujuan Blog
Blog ini telah dimulakan bagi membincang projek bahasa melayu. Objektif projek kami adalah untuk menghasilkan sebuah produk permainan berkenaan latar tempat, masa dan masyarakat novel Panas Salju.
Ahli kumpulan projek ini ialah:-
Low Wen Wen
Yeaw Li Yuen
Carissa Cheong
See Pui Yee
Hong Shi Hao
Aaron Ho
Cadangan kami adalah untuk menghasilkan permainan ini mengunakan PowerPoint.
-wenwen
Langgan:
Catatan (Atom)